
Bezza terbalik elak Innova masuk simpang
BANDARAYA MELAKA 20 Ogos – Tindakan seorang lelaki memandu secara melulu ketika mengubah haluan untuk memasuki simpang menyebabkan sebuah Perodua Bezza terbalik di Jalan Kubu, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, kedua-dua pemandu berusia 34 dan 44 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Innova dan Perodua Bezza itu pada jam 2.05 petang tadi.
“Ketika kejadian Perodua Bezza berada di belakang Toyota Innova itu dan mahu mengelak MPV berkenaan yang ingin mengubah haluan.
“Akibat kejadian pemandu Perodua Bezza hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terbabas sebelum terbalik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Christopher berkata,, saksi kejadian telah tampil memberi keterangan namun tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BERGELUT BANTU POLIS TANGKAP PERAGUT, ENAM ‘RIDER’ TERIMA PENGHARGAAN
AYER KEROH 28 April - Enam penunggang p-hailing menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Melaka, atas jasa mereka membantu polis...
MARKAS ‘JOB SCAM’ DISERBU, LIMA LELAKI DITAHAN
AYER KEROH 28 April - Polis Melaka menyerbu sebuah unit kondominium di Ayer Keroh, di sini, kerana disyaki dijadikan markas...
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA DI CHENG
PAYA RUMPUT 28 April - Penunggang motosikal meninggal dunia ketika sedang dirawat, hampir satu jam selepas terbabit kemalangan dengan sebuah...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...