Empat rumah terbakar, enam penghuni hilang tempat tinggal
BUKIT PIATU 19 Ogos – Empat buah rumah di Bukit Piatu, di sini, musnah dalam kebakaran menyebabkan enam penghuninya tinggal sehelai sepinggang, dalam kejadian malam tadi.
Kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu seorang lelaki berusia 43 tahun cedera manakala lima lagi penghuni rumah berusia lebih separuh abad terselamat.
Pegawai Zon I, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.34 malam.
Katanya, tiga buah jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan Melaka Tengah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, seramai 34 pegawai termasuk anggota terbabit dalam operasi pemadaman.
“Ketika jentera tiba keadaan api tengah marak dan struktur rumah berkembar separuh kekal menyebabkan api merebak dengan cepat.
“Pasukan bomba berjaya mengawal api daripada terus merebak ke rumah ke lima dan seterusnya dalam masa kira-kira 11 minit.
“Tiga rumah terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi musnah kira-kira 30 peratus,”katanya.
Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih belum diketahui dan siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MENGISPIRASIKAN MASA DEPAN MELALUI PENDIDIKAN: JT INTERNATIONAL SCHOOL MELAKA MENCETUS PERUBAHAN
BANDARAYA MELAKA 12 Disember - Formula pendidikan digunakan JT International School Melaka (JT), bukan sekadar untuk melahirkan anak-anak yang pintar,...
50 TAHUN RESTORAN HABEEB SULTAN, TERUS PIKAT HATI PELANGGAN
BUKIT BARU 12 Disember - Menginjak 50 tahun usia penubuhannya, Restoran Habeeb Sultan terus menjadi pilihan ramai dengan aneka juadah...
SKSPS BERI BANYAK FAEDAH KEPADA PENCARUM
MERLIMAU 12 Disember - Dianggarkan cuma 15,000 individu di seluruh Negeri Melaka yang bekerja sendiri tampil mencarum menerusi Skim Keselamatan...
MAYAT LELAKI DALAM BAGASI DISYAKI WARGA ASING – POLIS
KUALA LUMPUR 11 Disember - Mayat lelaki yang ditemukan dalam sebuah bagasi di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang...
CABARAN JORAN MELAKA TAWAR HADIAH RM30K
AYER KEROH 11 Disember - Kaki pancing dipelawa untuk menyertai Cabaran Joran Melaka yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah...
ROTI CANAI, TEH TARIK 50 SEN DI RESTORAN HABEEB SULTAN
BUKIT BARU 11 Disember - Cuma belanja RM1, pelanggan berkunjung ke Restoran Habeeb Sultan, Bukit Baru boleh menikmati teh tarik...