Sorting by

×

Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama (MTKB) pantau WKB2030

Masa Membaca:45 Saat

KUALA LUMPUR, 29 Sept — Kerajaan akan menubuhkan Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama (MTKB) yang akan bertindak sebagai satu mekanisme pemantauan peringkat tertinggi supaya objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dapat dicapai.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata WKB2030 merupakan dasar teras dalam pembangunan negara untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Maka MKTB perlu ditubuhkan supaya ia dapat memberi impak positif secara langsung kepada rakyat dan negara, katanya.

“(MTKB) yang akan dipengerusikan oleh saya sendiri, yang mana Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) pula akan bertindak sebagai sekretariat majlis serta jawatankuasa-jawatankuasa di bawahnya.

SEPADU telah ditubuhkan sejak bulan Mac lalu untuk menerajui fungsi koordinasi dan pemantauan pelaksanaan program, inisiatif, projek di bawah WKB2030,” katanya ketika berucap di sesi Balai Rakyat MakmurBersama@Kuala Lumpur anjuran Institusi Masa Depan Malaysia (Institut Masa) di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin  dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Views:

470
Kongsi :
Previous post Pemilik restoran Bumiputera Melaka sepakat bersama kembangkan perniagaan
Next post AKPK saran peminjam nilai kedudukan kewangan berikutan moratorium bakal berakhir
Ubah saiz-+=