Sorting by

×

Festival Kuih Bulan BPP pada 3 Oktober depan

Masa Membaca:51 Saat

AYER KEROH 29 Sept. – Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) akan menganjurkan Festival Kuih Bulan Peringkat Negeri Melaka 2020 pada 3 Oktober ini di Pentas Cheng Hoon Teng, Jalan Tokong.

Pengurus Besar BPP Saari Basiron berkata, sambutan Perayaan Kuih Bulan atau Pesta Tanglung itu merupakan antara sektor pelancongan budaya.

“BPP mempromosi Melaka melalui festival-festival pelbagai kaum yang unik bagi menarik lebih ramai pengunjung meraikan sambutan perayaan bersama komuniti di Melaka.

“Pada program itu, BPP akan mengajar orang ramai cara membuat kuih bulan, cara membuat tanglung tradisi diikuti pertandingan membuat tanglung, teka teki dan mewarna kuih bulan tradisional,” katanya kepada MHI.

Terdapat juga pertunjukan kebudayaan legenda ‘Chang E’ sebuah mitos perayaan kuih bulan, persembahan kebudayaan, nyanyian lagu tradisional, pertunjukan tarian singa serta pertunjukan orkestra.

Katanya, orang ramai diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menjalani ujian suhu.

“Setiap aktiviti bengkel dan pertandingan diadakan terhad kepada 20 hingga 25 peserta mengikut program.

“Diharap dengan adanya festival ini, masyarakat dapat mengenali kepercayaan budaya lain,” katanya lagi.

Views:

692
Kongsi :
Previous post RM1,482,000 sagu hati buat nelayan berdaftar
Next post Hampir RM300 juta bantuan disalurkan ke TAPEM sejak 2000
Ubah saiz-+=