Rumah, kereta dan tiga motosikal terbakar
SERKAM 12 Ogos – Sebuah rumah, tiga motosikal dan sebuah kereta musnah dalam kebakaran di Kilometer 18, Kampung Serkam Darat di sini, hari ini.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 (PBK 1) Dzulkarnain Abdul Halim berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.19 pagi sebelum tiba di lokasi pada 11.28 pagi tadi.
Katanya, dua jentera dengan kekuatan 12 anggota dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan BBP Bukit Katil dikerah ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati berlaku kebakaran rumah jenis separuh kekal yang berkeluasan 40 x 40 kaki persegi dengan anggaran kebakaran 60 peratus.
“Ia turut melibatkan sebuah kereta dan tiga motosikal terbakar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, ketika kebakaran berlaku terdapat seorang mangsa berusia 47 tahun di rumah dan dia sempat berlari keluar menyelamatkan diri.
Katanya, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan selepas operasi pemadaman selesai.
“Siasatan lanjut mengenai punca kejadian masih diteruskan dan operasi kebakaran terkawal pada jam 12.12 tengah hari,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MANGSA BANJIR DI MELAKA TENGAH MENURUN MALAM INI
AYER KEROH 23 November - Mangsa banjir di daerah Melaka Tengah yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada...
LANDASAN MONOREL MELAKA BAKAL BERUBAH WAJAH
AYER KEROH 23 November - Trek monorel di Jalan Tun Ali yang dicadangkan untuk menjadi produk pelancongan baharu berkonsepkan laluan...
PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE ‘MANA LAGI MELAKALER’ DILANJUTKAN
AYER KEROH 23 November - Tempoh pertandingan TikTok Challenge 'Mana Lagi Melakaler' dilanjutkan sehingga 25 Disember depan. Timbalan Exco Sains,...
AUTISME: KENA CEPAT BERTINDAK!
Oleh: Dr. Azri Fikry Doktor Pakar Kanak-kanak, Clinic Suite 3.28, Putra Specialist Hospital Melaka STATISTIK yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan...
PARAMEDIK KOMUNITI DIPERLUAS KEPADA PEMIMPIN MASYARAKAT
SUNGAI RAMBAI 23 November - Sukarelawan Paramedik Komuniti fasa kedua di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai akan diperluaskan...
SWM SASAR 10 PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA DIBUKA DI MELAKA
PAYA RUMPUT 23 November - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menyasarkan 10 kemudahan kiosk Pusat Pandu Lalu KITARecycle (PPLK)...