
MOTAC tiada kaitan dengan Konsert Rakyat Melaka
Dalam satu kenyataan hari ini, MOTAC berkata ia tidak menerima permohonan daripada pihak penganjur (Jojo Events) untuk bekerjasama bagi konsert tersebut sebaliknya syarikat itu hanya mengemukakan permohonan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) bagi penganjuran program itu.
“Justeru, kenyataan yang menyatakan konsert tersebut dianjurkan dengan kerjasama MOTAC adalah tidak benar sama sekali,” katanya merujuk kepada sebuah laporan portal yang mendakwa ‘Konsert Rakyat Melaka’ diadakan dengan kerjasama MOTAC.
MOTAC berkata ia sentiasa menyokong program berbentuk kesenian dan kebudayaan namun memandang serius terhadap sebarang penyalahgunaan nama kementerian bagi tujuan promosi, publisiti ataupun mendapatkan dana daripada mana-mana pihak. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SIJIL ‘MC’ HILANG KEJADIAN TAHUN LEPAS
AYER KEROH 2 April - Rakaman video tular mendakwa berlaku kehilangan sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di Sungai...
AL-QURAN JADI PENDAMPING MUALAF
BANDARAYA MELAKA - Perjalanan menjadi seorang mualaf pasti penuh dengan cabaran, namun itu tidak menghalang mereka menghabiskan bacaan 30 juzuk...
PENGGIAT SENI BUDAYA MELAKA TIDAK DILUPAKAN
AYER KEROH 2 April - Institut Warisan Melaka (INSWA) menerusi Kelab Kebajikan dan Sosial telah menyantuni seramai 16 bekas penggiat...
KAMPUNG DIGITAL ‘PANGKALAN DATA’ SEJAHTERAKAN RAKYAT MELAKA
DUYONG 2 April - Inisiatif Kampung Digital yang dicetuskan Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...