
Teka-teki siapa TYT Melaka ke-7 terlerai
AYER KEROH 4 Jun — Teka-teki siapa bakal dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7 kini terlerai.
Ini berikutan beberapa keping gambar yang tular hari ini menunjukkan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dan isterinya Puan Sri Asmah Abdul Rahman bersiap-sedia untuk meninggalkan kediaman mereka sambil doa dibacakan oleh Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.
Mohd Ali, 71, yang berpakaian baju melayu hitam dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini di Istana Negara, Kuala Lumpur untuk menerima Surat Cara Pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7.
Laporan media sebelum ini menyebut istiadat berkenaan akan berlangsung secara ringkas dengan hanya dihadiri beberapa pemimpin negara dan negeri termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali.
Sejurus selepas itu, Mohd Ali, juga dijangka dianugerahi darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara, anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun.
Istiadat mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7 akan diadakan Balai Istiadat, Seri Negeri di sini esok.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...