Sorting by

×

Lahirkan lebih ramai pemain bola sepak berbakat

Masa Membaca:57 Saat

DURIAN TUNGGAL 11 Ogos – Kejayaan pasukan Bola Sepak Durian Tunggal United merangkul tempat ketiga Divisyen 2 Liga Melaka 2022 baru-baru ini menjadi permulaan untuk melahirkan lebih ramai permain berbakat dalam sukan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil berkata, kemenangan itu, sekali gus mengharumkan nama Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

“Hari ini (7 Ogos) saya meraikan pasukan Bola Sepak Durian Tunggal United pada majlis makan malam dan penyampaian cenderahati kepada seluruh pengurusan serta para pemain yang telah mengharungi Divisyen 2 Liga Melaka 2022.

“Pada kesempatan ini juga berlangsung pengenalan jersi baharu dan kelengkapan bola sepak untuk aksi Liga Melaka tahun 2023 pula.

“Tahniah dan syabas buat semua timbalan pengurusan dan para pemain, majulah sukan dan belia untuk Durian Tunggal, Negeri Melaka, dan Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya 8 Ogos lalu.

Terdahulu Zahari, berkesempatan bersama kepimpinan masyarakat menyantuni anak-anak yatim sekitar DUN Durian Tunggal.

“Terima kasih juga kepada semua para dermawan yang turut hadir meraikan anak-anak kita malam ini, moga Allah membalas kebaikan dan amalan kita dengan ganjaran yang berlipat kali ganda,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2053
Kongsi :
Previous post Polis kesan taktik penasihat syarikat jualan kereta tipu pelanggan
Next post Pangsapuri tawar penginapan jangka pendek ‘bunuh’ industri perhotelan
Ubah saiz-+=