
Tapak kedai terbakar dibersihkan, elak daripada bersemak
SUNGAI RAMBAI 10 Ogos – Meskipun belum ada sebarang perancangan pembangunan, tapak kedai di Pekan Sungai Rambai, di sini, musnah dalam kebakaran 10 April lalu sudah dibersihkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis berkata, kerja pembersihan itu dilakukan bagi mengelakkan tapak terbabit daripada ditumbuhi semak hingga mencacatkan pemandangan.
Jelasnya, kebakaran memusnahkan 10 kedai berkenaan yang masih sah status pajakan selama 99 tahun.
“Belum ada perancangan untuk melaksanakan apa-apa pembangunan kerana kawasan itu masih dalam pajakan.
“Kerja-kerja pembersihan sudah dilaksanakan kita tidak mahu kawasan itu bersemak hingga menyakitkan mata yang memandang,” katanya ketika dihubungi,” semalam.
SITI Faizah (kanan) meninjau kerja-kerja pembersihan tapak kedai yang musnah dalam kebakaran April lalu
Views:
Related


Berita Lain
PELANCONG CHINA KE MELAKA MENINGKAT TIGA KALI GANDA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Melaka mencatatkan peningkatan luar biasa kedatangan pelancong antarabangsa dari China sempena Tahun Melawat Melaka 2024...
5 ANAK MELAKA TERIMA BIASISWA SAMBUNG PENGAJIAN DI CHINA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Seramai lima anak Melaka terpilih menerima biasiswa penuh daripada Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China bagi...
PEMAJU DIBERI TEMPOH SEBULAN BAIKI TEBING RUNTUH
KLEBANG 9 April - Pemaju projek di Jalan Klebang - Melaka Raya diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah tebing runtuh...
HARGA SANTAN DI MELAKA TIDAK LEBIH RM17 SEKILOGRAM
PENGKALAN BATU 9 April - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memaklumkan penetapan harga maksima jualan...
ANGKAT KEUNIKAN SENI TULISAN TANGAN DI MUZIUM SASTERA
BANDA HILIR 9 April - Tulisan tangan pengarang atau penulis dicadang untuk diletakkan bersama setiap buku dan karya asli yang...
MPJ LUPUS PAPAN TANDA USANG, GIAT INDAHKAN JASIN
JASIN 9 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) giat memperindah dan membersihkan kawasan pentadbirannya di sekitar Jasin. Yang Dipertua Majlis...