Derita Muhammad Fakhrullah, dapat perhatian Japerun

Masa Membaca:45 Saat

SERKAM 9 Ogos – Nasib adik Muhammad Fakhrullah Saiful Aszli, 11, kini terlantar selepas terbabit kemalangan empat tahun lalu mendapat perhatian pijak Japerun Serkam.

Setiausaha Japerun Serkam Roslan Abdul berkata, pihaknya menyampaikan sumbangan lampin pakai buang dan susu ketika melawat Muhammad Fakhrullah di kediaman keluarganya di Taman Pulai Indah, di sini, 5 Ogos lalu.

“Difahamkan akibat kemalangan, kaki dan tangan kanan Muhammad Fakhrullah patah, lehernya terpaksa ditebuk bagi memudahkan urusan memberikan susu kepada anak ini.

“Terdahulu kami mendapat aduan, keluarga adik Muhammad Fakhrullah terputus bekalan lampin pakai buang dan susu selama hampir sebulan.

“Sebelum ini barangan berkenaan dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun saya sudah menghubungi pihak JKM dan isu ini dianggap selesai,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berharap sumbangan disampaikan dapat meringankan bebanan keluarga adik Muhammad Fakhrullah dalam menyediakan keperluan harian kanak-kanak itu.

Roslan berkata, pihak Japerun Serkam sentias cakna dan prihatin terhadap nasib warga Serkam yang memerlukan.

Views:

2019
Kongsi :
Previous post Minyak masak: Peniaga patuh, 17 peratus jual bawah harga maksimum – Annuar
Next post Merlimau Berpeluh Edisi Merdeka tampil kelainan
Ubah saiz-+=