
Ibu tunggal, keluarga memerlukan terima sumbangan – PBSPL
SUNGAI RAMBAI 28 Sept. – Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Seri Pengkalan Lambak (PBSPL) menyalurkan sumbangan buat 12 keluarga memerlukan serta ibu tunggal di kawasan itu, baru-baru ini.
Pengerusinya Mohd Ridzuan Mujid berkata, inisiatif itu dilaksanakan sebagai program Ziarah Kasih persatuannya sekali gus membantu golongan sasar tersebut.
“Bukan hanya menyalurkan bantuan, malah menerapkan rasa simpati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik ini.
“Saya percaya usaha ini dapat memberi sedikit keceriaan kepada penerima untuk menjalani kehidupan harian seperti orang lain,” katanya kepada MHI.
Katanya, program itu juga menggalakkan ahli-ahlinya supaya sentiasa bersedekah serta prihatin kepada golongan susah di negeri ini.
Views:
Related

Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...