Sorting by

×

Malam Gala Kota Selatan Vaganza gamit pelancong luar dan dalam negara

Masa Membaca:1 Minit, 43 Saat

BANDA HILIR 8 Ogos – Malam Gala Kota Selatan Vaganza yang berlangsung penuh warna-warni menyajikan pelbagai persembahan seni kebudayaan dengan penggunaan elemen teknologi dan inovasi menggamit pengunjung dalam dan luar negara.

Porgram garapan kreatif berlangsung hampir dua jam itu menampilkan pelbagai persembahan tarian seni kebudayaan meliputi pelbagai kaum dan adat masyarakat tiga negeri, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

NORMAN Loviat. Foto Mr Azli

Pelancong dari Perancis, Norman Loviat, berkongsi perasaan teruja melihat keindahan seni persembahan dan tarian pelbagai budaya ditonjolkan pada Malam Gala Kota Selatan Vaganza.

Norman berkata, dia yang baharu tiba di Melaka berasa teruja apabila dimaklumkan oleh rakan mengenai program tersebut.

“Saya menyaksikan persembahan dari mula sehingga akhir, saya berasa seronok dan teruja, tarian yang mengasyikkan dengan pakaian yang meliputi pelbagai budaya masyarakat.

“Saya sempat merakam persembahan yang menarik tadi untuk dimuat naik ke media sosial dan saya menikmati setiap seni yang dipamerkan. Rugi kalau saya tidak menonton sehingga tamat,”katanya.

Nada sama disuarakan oleh pelancong dari Kashmir, Khalid Chapri Ibrahim yang menyifatkan Melaka sebagai destinasi yang tepat untuk mengembara.

“Saya melihat persembahan malam ini sangat indah dengan penataan cahaya, bunyi dan gerak di atas pentas terapung.

“Semua iniu adalah gabungan teknologi dan inovasi yang baik, menjadikan penyampaian seni budaya pada setiap persembahan itu menarik,” ujarnya.

Dalam pada itu, pengunjung tempatan, Lalita Keishnan memaklumkan dia bersama rakan-rakan hadir ke malam gala itu untuk menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan secara nyata, sekali gus merasai keseronokan menonton tarian secara langsung.

“Makluman mengenai program ini diperoleh menerusi Facebook dan memang menantikan malam kemuncak ini sebab merindukan suasana Melaka kembali hidup dengan persembahan yang bertaraf dunia.

“Lain rasanya bila tonton skrin berbanding dengan tonton secara langsung, rasa seronok dan teruja itu berbeza,” ujarnya.

Sementara itu seorang lagi pengunjung tempatan, Sarasir Krishnan, berkata, dia meminati musik dan alunan dondang sayang selain menikmati persembahan dengan nuansa seni budaya dengan elemen yang berbeza.

“Alunan dondang sayang adalah kegemaran saya, memang ke malam gala ini untuk menyaksikan persembahan sebab difahamkan pelbagai persembahan menarik disajikan dengan rangkaian lagu gabungan tradisional dan moden,” katanya.

Views:

1497
Kongsi :
Previous post Telegram peribadi digodam, abai mesej diterima – PM
Next post Kerajaan akan laporkan perkembangan pembinaan LCS secara berperingkat
Ubah saiz-+=