Sorting by

×

Pendigitalan wadah kembangkan budaya dan warisan

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

BANDA HILIR 8 Ogos – Sebagai wadah seni budaya Malaysia ditonjolkan ke pentas dunia, semua persembahan seni karyawan tempatan pada Festival Kota Selatan akan melalui proses pendigitalan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Santhara J.P berkata pendigitalan seni budaya warisan ini akan digunakan untuk dua persepektif.

Katanya, persepektif pertama adalah bagi tujuan promosi ke peringkat antarabangsa dan perspektif kedua adalah untuk tujuan pengiklanan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Santhara J.P (kanan) mengadakan sidang akhbar selepas Malam Gala Kota Selatan Vaganza di Dataran Sungai Melaka, Banda Hilir. Foto: MR. AZLI

“Semua lagu pada Malam Gala Selatan Vaganza dan video-video persembahan seni budaya pada Festival Kota Selatan (FKS) kita akan buat pendigitalan.

“Semua ini akan digunakan bagi tujuan pemasaran diperingkat antarabangsa khususnya Malaysia Truly Asia yang bermula di Kota Melaka yang penuh dengan sejarah,” katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas Malam Gala Kota Selatan Vaganza di Dataran Sungai Melaka, di sini, malam tadi.

Hadir sama menyaksikan persembahan adalah Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis serta Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

PERSEMBAHAN unik di atas pentas terapung pada Malam Gala Kota Selatan Vaganza di Dataran Sungai Melaka, Banda Hilir. Foto: MR. AZLI

Mengulas lanjut, Beliau berkata penekanan perlu diberi menerusi pendigitalan supaya semua program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) peringkat negeri dapat menarik lebih ramai penyertaan golongan muda.

“Saya yakin, dengan adanya program seperti ini, apabila kita dapat viralkan menerusi pendigitalan ramai akan berminat dan JKKN dapat kenal pasti pelapis baharu.

“Maka, dengan adanya rakaman video dan dimuat naik ke media sosial saya yakin ramai anak muda mahupun di kawasan pedalaman Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang ada bakat pun akan tampil atau mengikuti program yang dianjurkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2033
Kongsi :
Previous post Malam Gala Kota Selatan Vaganza medan karyawan tempatan bangkit
Next post Abdul Razak tidak ‘cakap kosong’
Ubah saiz-+=