
Abdul Razak tidak ‘cakap kosong’
TELOK MAS 8 Ogos – Gelanggang futsal di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Telok Mas bakal diberi nafas baharu apabila ia akan diselenggara kelak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pihaknya bersama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka akan berusaha membaik pulih tiga buah padang futsal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas.
Beliau berkata, usaha itu selaras dengan janji ketiga dibuatnya Demi Telok Mas adalah untuk baik pulih dan menyelenggara fasiliti sukan.
“Terima kasih diucapkan kepada Pengarah JBS Melaka Khairul Adri Rosli, yang turun padang sendiri meninjau kondisi serta keadaan fasiliti tiga buah padang futsal.
“Semoga kehadirannya membawa berita gembira kepada belia dan anak muda yang menggunakan padang futsal itu untuk riadah,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.
Terdahulu, pada lawatan itu baru-baru ini, selain melakukan pemerhatian dan pemeriksaan di padang futsal, Khairul Adri turut melihat keadaan tandas yang terdapat di situ.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
NIGHT SAFARI JADI PILIHAN BILA LARUT MALAM
AYER KEROH 6 April - Zoo Melaka menerusi produknya iaitu 'Night Safari' menjadi tumpuan pengunjung dari dalam serta luar Melaka...
AIDILFITRI ERAT PERPADUAN ORANG ASLI BUKIT PAYUNG
TABOH NANING 6 April - Di sebalik kehijauan hutan dan ketenangan desa, Kampung Orang Asli Bukit Payung, di sini, menyambut...
MASYARAKAT BERBILANG KAUM SERONOK, BANGGA JADI ANAK MELAKA
AYER KEROH 5 April - Luar biasa, penuh kemeriahan hari raya. Itu antara reaksi pengunjung berbilang kaum yang hadir ke...
AYDA JEBAT LEPAS RINDU DAPAT MENYANYI DI MELAKA
AYER KEROH 5 April - Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat mengakui teruja dan seronok apabila dapat membuat persembahan di...
GERAI JAGUNG MANIS JADI TUMPUAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN RIM
RIM 5 April - Jagung manis rebus menjadi menu pilihan dalam tetamu yang hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan...
3 TAN JAMBU MELAKA UNTUK PENGUNJUNG SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI 2025
AYER KEROH 5 April - Sebanyak tiga tan jambu lohan yang merupakan produk ikonik Negeri Melaka dijamu kepada tetamu Majlis...