Tampoi FC ‘gegau’ Liga Melaka Divisyen 1
KELAB Bolasepak Tampoi FC dinobat juara Liga Melaka Divisyen 1 2022 selepas menundukkan MBMB Warriors FC 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Hang Tuah, malam tadi.
Tampoi FC bagaimanapun terpaksa bermandi peluh dan menunggu sehingga tambahan masa perlawanan untuk mengukir nama sebagai pemenang.
Dalam aksi itu, Tampoi FC terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Mohd Izzat Sino pada minit ke-47.
Namun, MBMB berjaya bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Saiful Mustafa.
Keputusan 1-1 itu kekal selepas tamat 90 minit permainan hingga menyebabkan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan dan Muhammad Shamerul Aziz muncul wira Tampoi FC apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan.
Selaku joham, Tampoi FC membawa pulang hadiah kemenangan RM12,000 berserta trofi Liga Melaka Divisyen 1.
Hadiah-hadiah kemenangan disampaikan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Paduka Nur Azmi Ahmad.
Hadir sama, Pengerusi Liga Melaka, Datuk Khairi Anuar Ahmad, Naib Presiden MUSA Noor Azman Ab. Rahman dan Ahli-Ahli Eksekutif MUSA.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RAKYAT KUALA LINGGI PUJI INISIATIF W.R.U.R CETUSAN IDEA KETUA MENTERI
KUALA LINGGI 5 Januari - Inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
ZOO MELAKA WAKTU MALAM LEBIH MENGUJAKAN – PENGUNJUNG
AYER KEROH 5 Januari - Suasana pada waktu malam di Zoo Melaka 'Night Safari' lebih seronok dan mengujakan untuk dikunjungi...
KENDURI RAKYAT W.R.U.R KUALA LINGGI TUMBANG 2 EKOR LEMBU
KUALA LINGGI 6 Januari - Kira-kira 10,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dijangka akan memeriahkan kenduri rakyat pada...
W.R.U.R: KAMI DATANG UNTUK RAKYAT
KUALA LINGGI 5 Januari - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) diseru untuk hadir memeriahkan pelbagai program yang diadakan selama...
3 DENAI SUNGAI JADI PUSAT RIADAH BAHARU DI MELAKA
KUALA LINGGI 6 Januari - Sejumlah RM1.5 juta diperuntukkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi pelaksanaan tiga projek Denai Sungai...
LARUT MALAM DI MUZIUM MELAKA SANGAT BERMAKNA
BANDA HILIR 5 Januari - Sudah namanya negeri bersejarah, tentu sekali pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melawat ke muzium-muzium sempena...