Sorting by

×

Kali pertama lalui detik duka dilanda banjir

Masa Membaca:56 Saat

AYER LIMAU 7 Ogos – Pengalaman pertama rumah dilanda banjir membuatkan seorang ibu tunggal dan empat anaknya bermandi peluh membersihkan kediaman mereka.

Zurina Johor, 50, dan anak berusia antara 20 hingga 27 tahun tidak menyangka kegembiraan tinggal di kediaman sendiri bertukar pengalaman perit apabila rumah mereka di Kampung Ramuan Cina Besar, di sini dinaiki air setinggi kira-kira 0.38, pada 4 Ogos lalu.

Peniaga makanan dan minuman di pasar malam itu berkata, mereka sekeluarga berpindah dari rumah sewa di Alor Gajah ke kediaman baharu itu Februari lalu.

Namun, kegembiraan tinggal di rumah sendiri terbantut apabila suaminya, Mohd Asri Sharif meninggal dunia 10 Mei lalu.

“Tapak rumah adalah tanah yang diberikan ibu saya, kehilangan arwah masih terasa, sekarang ini ditambah pula dengan dugaan banjir.

“Air naik dengan cepat berikutan hujan lebat mulai jam 5 pagi, mujur saya dan anak sempat alihkan barangan elektronik ke atas meja.

“Namun perabot lain tidak berjaya diselamatkan berikutan air naik terlalu cepat,” katanya ketika ditemui.

Dia bersyukur kerana air surut dalam masa yang singkat selain mereka sekeluarga selamat daripada sebarang kejadian tidak diingini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1015
Kongsi :
Previous post Rasai pengalaman menuai di laman jentera MAHA 2022!
Next post Gerakan koperasi antara langkah hapus orang tengah
Ubah saiz-+=