Sorting by

×

Festival makanan, buah-buahan Melaka tarik pelancong

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

BANDA HILIR 6 Ogos – Penganjuran Magical Melaka Food & Fruit Fest 2022 dilihat mampu meningkatkan kedatangan pelancong domestik ke Melaka.

Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya, Datuk Seri Dr Santhara J.P berkata, penganjuran program festival itu adalah antara usaha Tourism Malaysia bagi menarik serta meningkatkan kedatangan pelancong.

“Program ini diharap dapat merancakkan semula aktiviti pelancongan domestik serta memberi peluang kepada pengunjung yang datang bercuti ke Melaka untuk menyaksikan Magic of The Night.

“Selain menarik kedatangan pelancong domestik ke Melaka ia dapat memasarkan hasil keluaran makanan serta produk buah-buahan tempatan khususnya durian yang menjadi fokus dalam acara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Magical Melaka Food & Fruit Fest 2022 di Jalan Kota, hari ini.

Program itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Menurutnya, pada festival itu sebanyak 12 jenis makanan dan minuman dijual antaranya cendol, kuih keria serta coconut shake.

Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menyaksikan pertunjukkan roti canai terbang.

Sementara itu, Muhamad Jailani berkata, replika gergasi durian yang dipamerkan di hadapan Galeri Warisan Kota Melaka yang menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai replika terbesar di Malaysia.

Replika itu bagaimanapun katanya, tidak mengganggu kawasan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Replika itu tidak membabitkan pembinaan kekal sekaligus tidak menjejaskan kawasan UNESCO kerana sebelum dikeputusan diletakkan disitu semua faktor sudah diambil kira,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1772
Kongsi :
Previous post KSN diarah tubuh jawatankuasa siasat insiden KPPA dan pegawai imigresen di KLIA
Next post Magical Melaka Food & Fruit Fest 2022 tarik perhatian pelancong
Ubah saiz-+=