
34 peniaga di enam pasar malam di Jasin terima notis
JASIN 5 Ogos – Sebanyak 194 peniaga kecil di enam pasar malam dalam daerah Jasin diperiksa dalam siri pemantauan syarat lesen yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) semalam.
Yang Dipertuanya, Datin Sapiah Haron berkata daripada jumlah itu, 34 daripadanya telah diberi notis akibat kesalahan tidak mengambil suntikan kesihatan dan tiada lesen perniagaan.
Katanya, pihak MPJ menerusi Jabatan Kawalan Perniagaan (JKP) menjalankan siri pemantauan pematuhan syarat lesen terhadap peniaga lesen di enam lokasi iaitu pasar malam Jasin Bestari, Pekan Merlimau, Serkam Darat, Serkam Pantai, Taman Muhibbah dan Taman Maju.
“Para peniaga juga diingatkan agar mematuhi syarat lesen, kebersihan diri serta peralatan yang digunakan dan kawasan niaga semasa pengendalian makanan bagi memastikan keselamatan makanan dan pembeli.
“Turut diingatkan kepada para peniaga untuk mematuhi arahan dan undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing bagi mengelakkan tindakan di ambil,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...