
Bina longkang di Jalan Tambak Merah elak air hujan bertakung
SUNGAI RAMBAI 3 Ogos – Sistem perparitan di perumahan awam, Taman Seri Rambai 1 yang tidak sistematik mengakibatkan kawasan itu kerap dinaiki air ketika hujan lebat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis berkata, hasil tinjauan dijalankan masalah itu berpunca akibat sistem perparitan tidak terurus.
Berikutan, beliau menggesa penempatan itu dilengkapi sistem perparitan sistematik bagi mengatasi masalah sudah lama berlarutan.
“Sebelum ini, saya bersama pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) turun padang melihat sendiri permasalah dialami penduduk.
“Sudah bertahun-tahun perkara ini disuarakan penduduk dan sekarang JKR ambil inisiatif membina kemudahan sistem perparitan di Jalan Tambak Merah,” katanya ketika dihubungi.
Siti Faizah berkata, selain pembinaan longkang di jalan terbabit, beliau juga meminta agensi berkaitan menaik taraf longkang di lorong Sidang Bedul di Batu Gajah.
“Inisiatif membina dan menaik taraf sistem perparitan adalah salah satu fokus utama saya demi memastikan Sungai Rambai mempunyai sistem infrastruktur sistematik,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...
ORANG ASLI TEBONG STESYEN, KUBANG BADAK BAGAIKAN ‘KELUARGA’ KETIKA AIDILFITRI
MACHAP JAYA 2 April - Tradisi ziarah menziarahi di perkampungan Orang Asli Kubang Badak dan Kampung Orang Asli Tebong Stesyen...
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...