Sorting by

×

Al Jufferi kebanggaan negara, raih gelaran dunia keempat

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 31 Julai – Jaguh silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari menepati ramalan untuk bergelar juara dunia buat kali keempat apabila memenangi pingat emas pada Kejuaraan Pencak Silat 2022, malam tadi.

Turun dalam aksi Kelas F Putera, Mohd Al Jufferi bagaimanapun diberikan tentangan hebat pesilat Indonesia Iqbal Chandra Pratama.

Namun sokongan padu lebih 1,000 penyokong negara di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) berjaya membakar semangat anak jati Pahang itu untuk menang 35-21.

Lebih manis, kejayaan itu turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Kejayaan itu juga sekali gus memastikan sasaran tujuh emas Malaysia berjaya direalisasikan.

Selain Mohd Al Jufferi, turut meraih pingat emas ialah Muhammad Robial Sobri, Nor Farah Mazlan dan Nor Izzatul Fazlia Mohamad Tahir selain tiga lagi emas disumbangkan dalam acara silat artistik.

Lebih membanggakan Nor Farah Mazlan turut dinobat pesilat wanita terbaik kejohanan.

Secara keseluruhan Malaysia meraih tujuh emas, lapan perak dan lapan gangsa pada edisi kali ini.

Indonesia dinobat juara keseluruhan bagi edisi ke-19 selepas merangkul 11 pingat emas sembilan perak dan lapan gangsa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3165
Kongsi :
Previous post RM1 juta martabat seni silat di persada dunia
Next post Bekas MB Selangor meninggal dunia
Ubah saiz-+=