Anggota APM cedera van terbabas
ALOR GAJAH 1 Ogos – Dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka cedera selepas van dinaiki terbabas ke longkang berhampiran Kem 96 Depot Pangkalan Peluru, Sungai Udang, pagi semalam.
Pengarah APM Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim mengesahkan kemalangan yang menimpa dua anggota dari Pejabat Unit Pertahanan Awam (PUPA) Masjid Tanah itu.
Katanya, kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu berlaku ketika anggota terbabit menuju pulang ke PUPA Masjid Tanah selepas menghantar pegawai dan anggota di Akademi Latihan Jabatan Sukarelawan Rakyat (RELA) di Sungai Udang.
Menurut beliau, berdasarkan maklumat awal, van dipandu anggota 42 tahun dipercayai mengalami teknikal pada stereng menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas ketika hujan lebat.
“Pemandu terbabit hanya cedera ringan iaitu bengkak pada jari dan tulang betis manakala penumpang berusia 23 tahun sedang dirawat di Hospital Alor Gajah selepas mengadu sakit di dada dan kepala
“Satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Trafik Alor Gajah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
Melaka optimis pastikan kesejahteraan rakyat dan negeri terpelihara
BANDARAYA MELAKA 14 Disember - Kerajaan Melaka optimis memastikan kesejahteraan negeri dan rakyat terus terpelihara. Ketua Menteri, Datuk Seri Utama...
BANGUNAN IPD MELAKA TENGAH LAMA, DIJADIKAN MUZIUM PDRM
BANDARAYA MELAKA 14 Disember - Bangunan bekas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, akan dibangunkan sebagai Muzium Polis Diraja...
GOLF BERPOTENSI JADI SUKAN PELANCONGAN NEGERI MELAKA
AYER KEROH 14 Disember - Sebagai salah satu sukan yang dilihat berpotensi melahirkan ramai pelapis berbakat, Kerajaan Negeri meminta semua...
MAIM AGIH SUMBANGAN PERSEKOLAHAN KEPADA 8,800 ANAK ASNAF
BUKIT KATIL 14 Disember - Seramai 8,800 anak asnaf memperoleh manfaat hasil inisiatif Program Jom Ke Sekolah Bagi Anak-Anak Asnaf...
ME49: 1,342 KES DENGGI, DUA KEMATIAN DIREKOD – KKM
PUTRAJAYA 14 Disember - Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi...
PERTEGUH KESELAMATAN DEMI KEMAKMURAN MELAKA – KM
AYER KEROH 14 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin...