
Tiada kumpulan rekrut warga Filipina keturunan Sulu di Lahad Datu – PDRM
LAHAD DATU, 28 Julai – Siasatan dan risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati tiada kumpulan tertentu bergiat merekrut rakyat Filipina berketurunan Sulu di negeri ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah.
Beliau berkata PDRM memandang serius dakwaan tular di media sosial kononnya Kumpulan Sulu aktif merekrut rakyat Filipina di Lahad Datu bagi tujuan tertentu.
Justeru beliau mengingatkan semua pihak atau individu supaya tidak menyebarkan maklumat atau berita tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
Bagaimanapun, katanya PDRM sedang menjalankan siasatan mengenai satu kumpulan yang mengeluarkan dokumen diri Sulu Sultaniyah Darul Islam dengan mengenakan bayaran tertentu di negeri ini.
“Siasatan awal mendapati kegiatan itu dilakukan seorang individu yang bertindak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan peribadi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, dilaporkan Setiausaha Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim mendakwa terdapat kegiatan aktif yang dilakukan pihak tertentu untuk merekrut warga tempatan di Lahad Datu dengan pemberian dokumen diri berkaitan Kumpulan Sulu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...