Sorting by

×

Lelaki maut kereta terbabas

Masa Membaca:54 Saat

ALOR GAJAH 28 Julai – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbabas di Kilometer 199 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan semalam.

Dalam kemalangan pada jam 6.20 petang itu, Mohd Zamri Poiman, 40 yang memandu kereta jenis Honda Accord beralamat si Lanchang, Pahang meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari utara menghala ke selatan.

Katanya, setiba di lokasi kejadian kereta dipandu lelaki terbabit hilang kawalan sebelum berpusing dan terbabas ke kiri lebuh raya.

“Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian badan dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

KEMALANGAN di Kilometer 199 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan semalam.

Beliau berkata, siasatan di lokasi kejadian turut mendapati terdapat kesan tayar dan serpihan komponen kenderaan ditemui di tempat kejadian.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2124
Kongsi :
Previous post Dua kanak-kanak maut dalam kejadian tanah runtuh di Kota Kinabalu
Next post MACP fokus 77 inisiatif ke arah bebas rasuah – KM
Ubah saiz-+=