AED diperluaskan di ‘hotspot’,bangunan kerajaan dan tempat awam

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

SERI NEGERI 27 Julai – Pemasangan alat defibrilator luaran automatik (AED) bagi mengesan serangan jantung dijangka diperluaskan di beberapa kawasan panas serta lokasi awam ermasuk masjid dan taman rekreasi, bangunan kerajaan negeri serta agensinya di negeri ini.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mewujudkan jawatankuasa AED negeri bagi membolehkan pemasangan alat peranti itu dipasang di bangunan kerajaan dan milik agensi.

Katanya, kerajaan negeri sebelum ini sudah memasang alat peranti itu di bangunan Seri Negeri selain melatih kakitangan awam di bangunan itu untuk menggunakan peralatan itu.

“Kita minta AED dipasangkan di setiap bangunan milik kerajaan dan juga agensi.

“Bukan sahaja di bangunan kerajan, kita akan perluaskan di masjid-masjid, taman rekreasi dan ‘hotpsot’ di negeri Melaka.

“Kalau setiap minggu puluhan ribu (pelancong) yang datang ke Melaka, kita sudah kenal pasti dua tiga ‘hotspot’ di Melaka untuk diletakkan AED,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Dr Mohd Aleef Yusof (Bersatu (PN) – Sungai Udang pada Persidangan Ketiga Penggal Pertama DUN Melaka ke-15 di sini hari ini.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal berkata, kerajaan negeri juga akan memastikan kakitangan diberi latihan untuk menggunakan alat peranti berkenaan di kawasan pemasangan terlibat.

“Apabila kita letakkan AED ini, maka kita ada satu latihan, mungkin memanggil 10 orang untuk dilatih secara awal dan 10 individu ini akan melatih rakan-rakan lain.

“Contohnya, ramai yang mengunjungi Sungai Melaka, jadi kita minta agensi Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) tempatkan AED dan menghantar staf mereka untuk dilatih.

“Selepas ini, kita boleh lihat AED diperluaskan di negeri Melaka dan memberi satu jaminan keselamatan kepada orang awam dan pengunjung yang datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1339
Kongsi :

One thought on “AED diperluaskan di ‘hotspot’,bangunan kerajaan dan tempat awam

Comments are closed.

Previous post Pelancong Indonesia dan Singapura sasaran Melaka
Next post Paul Yong didapati bersalah rogol pembantu rumah
Ubah saiz-+=