Melaka bakal bangunkan pusat data kedua terbesar di Malaysia

Masa Membaca:50 Saat

SERI NEGERI 27 Julai – Melaka dijangka menjadi lokasi pembangunan pusat data (data centre) kedua terbesar di negara ini.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia berikutan pihaknya menerima dua cadangan pelaburan digital itu daripada pelabur China.

Katanya, buat masa ini Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Melaka sedang membuat kajian awal tentang penempatan yang sesuai dalam kawasan industri bagi pembangunan pusat data tersebut.

“Kita berdoa pelaburan ini akan datang ke Melaka pada tahun ini juga kerana jika ia berjaya data centre ini akan menjadi yang kedua terbesar di negara ini.

“Ia juga bakal mewujudkan ekosistem yang lebih baik khususnya kepada mereka yang menjalankan program e-dagang yang bakal memberi pulangan lebih baik kepada rakyat Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Khaidirah Abu Zahar (BN-Rim) mengenai pembangunan digital di Melaka pada Persidangan Ketiga Penggal Pertama DUN Melaka ke-15 di sini hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

929
Kongsi :
Previous post Melaka sasar pelaburan RM5 bilion tahun ini
Next post Melaka tak cadang tambah kawasan baharu ternak babi
Ubah saiz-+=