Penang jadi ‘lauk’ Melaka United

Masa Membaca:36 Saat

KELAB Bolasepak Melaka United (Melaka United FC) seakan mengamuk di Stadium Hang Jebat apabila mudah ‘meratah’ Penang FC 4-1, dalam aksi Liga Super, malam tadi.

Pesta gol Melaka dimulakan seawal minit ke-4 menerusi Emmanuel Oti disusuli jaringan oleh Adriano pada minit ke-36.

Di babak kedua, skuad Hang Tuah tidak menunggu lama untuk menambah jaringan menerusi Ifedayo Olusegun pada minit ke-58 dan hanya berselang dua minit selepas itu, Justin Baas menambah gol keempat pasukan.

Gol saguhati Penang FC dijaringkan Lucas da Silva pada minit ke-86.

Kemenangan bergaya itu membolehkan Melaka United naik ke tangga ke-6 Liga Super dengan mengutip 16 mata daripada 12 perlawanan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2245
Kongsi :
Previous post Pertahan, martabat silat di Melaka – KM
Next post 63 murid Tabika ‘naik haji’
Ubah saiz-+=