
63 murid Tabika ‘naik haji’
REMBIA 27 Julai – Seramai 63 murid daripada sembilan Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia merasai pengalaman ‘naik haji’.
Menariknya, mereka bukan sahaja dipakaikan ihram, bahkan turut merasai pengalaman melontar, wukuf, bermalam di Mina dan melakukan tawaf.
Setiausaha Japerun Rembia, Radzieman Mohd Padzir, aktiviti itu antara yang diatur sepanjang Program Simulasi Haji Cilik DUN Rembia, berlangsung di Dewan Japerun DUN Rembia, Sungai Petai, di sini, baru-baru ini.
Program berkenaan dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Azlan Abidin, mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis.
Katanya, program anjuran Tabika Kemas DUN Rembia itu bertujuan mengukuhkan pemahaman murid mengenai rukun Islam kelima itu.
“Selain memberi pendedahan mengenai cara mengerjakan haji, program ini juga dapat memupuk semangat bantu-membantu dalam kalangan peserta,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, melihat kepada sambutan baik diterima, program berkenaan bakal diangkat sebagai acara tahunan yang akan diadakan sebelum Hari Raya Aidiladha pada setiap tahun.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...