PRN Sabah: 54 peratus keluar mengundi setakat 2 petang – SPR

Masa Membaca:31 Saat

KOTA KINABALU 26 Sept. – Tiga jam sebelum proses pengundian berakhir, sebanyak 54 peratus pemilih berdaftar di Sabah telah keluar mengundi setakat 2 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah itu meningkat berbanding 48 peratus pada 1 tengah hari.

SPR menyasarkan antara 70 hingga 75 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pusat pengundian ditutup sepenuhnya pada 5 petang ini.

Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada PRN ke-16.

Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 pengundi biasa, dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat.

— BERNAMA

Views:

333
Kongsi :
Previous post PRN Sabah: 41 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari – SPR
Next post Sulaiman terima gelaran Doktor Falsafah Kehormat
Ubah saiz-+=