
Sulaiman terima gelaran Doktor Falsafah Kehormat
SHAH ALAM 26 Sept. – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali dikurniakan penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat (PhD Kehormat) dalam Bidang Pengurusan daripada Lincoln University College (LUC).
Majlis Konvokesyen LUC 2020 yang sedang berlangsung diadakan di Hotel Holiday Inn, Glenmarie, di sini, menyaksikan 50 graduan menerima anugerah kedoktoran dalam pelbagai bidang masing-masing.
Majlis yang bermula selepas perarakan masuk graduan sekitar jam 2.30 petang, diteruskan dengan pengumuman pertama melalui perutusan yang dibacakan Pro Canselor LUC, Prof. Datuk Dr. Bibi Florina Abdullah.
Program itu kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Presiden LUC,Prof. Dr. Amiya Bhaumik.
Sejurus ucapan dari pengurusan tertinggi universiti itu, Sulaiman diumumkan sebagai penerima ijazah kedoktoran terbabit yang disampaikan sendiri oleh Bibi Florina.
Views:
Related

Berita Lain
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...
PPSPM SUSUN PELBAGAI ACARA MENJELANG WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 27 April - Pelbagai program menarik sedang disusun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi bersama-sama memeriahkan...
‘RAYA TAK RILEKS’ DUYONG KENA SERBU
DUYONG 27 April - Suasana penghujung Syawal terus membara di Duyong apabila lebih 10,000 pengunjung membanjiri Jamuan Raya Tak Rileks...
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...