Lakukan pemeriksaan kesihatan setahun sekali

Masa Membaca:45 Saat

MACHAP JAYA 26 Julai – Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya disaran untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Justeru, bagi memastikan semua rakyat di kawasan mempunyai kesihatan yang baik, Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Machap Jaya dengan kerjasama Sathya Sai Baba Centre Melaka mengambil inisiatif menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem berkata kesihatan adalah perkara paling penting bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang sihat.

“Kesihatan kita adalah paling mustahak, (jadi) saya menyarankan setiap orang buat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali.

“(Malah) saya sendiri tidak melepaskan peluang melalkukan pemeriksaan kesihatan, semua sihat sihat setakat ini.

“Terima kasih kepada semua yang menganjurkan program ini,” katanya menerusi catatan Facebook rasminya.

Terdahulu, Hee Sem hadir ke majlis Kempen Pemeriksaan Kesihatan Percuma di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pekan Tebong di sini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1445
Kongsi :
Previous post 63 murid Tabika ‘naik haji’
Next post Semua agensi perlu bersatu atasi isu kebersihan negeri
Ubah saiz-+=