Ujian saringan DASS bagi guru bersara awal – Dr Muhamad Akmal

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

SERI NEGERI 26 Julai – Kerajaan negeri mengambil kira isu berkaitan guru-guru bersara awal dengan memastikan mereka melakukan ujian saringan Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS).

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, seramai 28 guru atau 4.32 peratus daripada guru di Melaka yang mengambil ujian itu dikesan mengalami kemurungan.

Katanya, ujian saringan itu dijalankan bagi mengukur tahap stres dan kemurungan guru di Melaka dan 648 daripada 13,976 guru yang dikenal pasti menghadapi tekanan telah menjalani ujian saringan berkenaan.

“Kita Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) ada beberapa perkara yang kita lakukan yang mana semua guru bersara awal ini kita adakan ujian saringan untuk depression anxiety dan stressed kill.

“Kita nak tahu punca mereka bersara awal ini sebab apa kalau mereka bersara sebab stress atau depression (tekanan) maka ujian itu kita perlu buat.

“Kalau kita lihat keputusannya adalah seramai 23 guru iaitu 3.54 peratus berada pada tahap stres dan 28 guru iaitu 4.32 peratus tahap kemurungan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Hameed Mythern Kunju Basheer (BN-Ayer Limau) berkenaan punca guru sekolah bersara awal di negeri ini pada Persidangan Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15 di sini, hari ini.

Dr Muhamad Akmal mewakili Pendidikan dan Teknologi negeri Datuk Rais Yasin yang tidak hadir berikutan menunaikan haji.

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal berkata setakat ini seramai 648 guru daripada lebih 13,000 guru di Melaka telah melakukan ujian saringan berkenaan.

“Jumlahnya ada cuma tidak besar, semua guru yang mengalami stress dan kemurungan ini telah dihantar mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1715
Kongsi :
Previous post Pastikan pembangunan Laman Belia tidak cemari Sungai Kesang
Next post Tarikan pelancongan baharu di Pantai Puteri
Ubah saiz-+=