Rondaan setiap hari di perairan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

SERI NEGERI 26 Julai – Tiga agensi yang bertanggungjawab ke atas keselamatan perairan di Melaka melakukan rondaan dan kawalan keselamatan setiap hari hari.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata agensi yang terbabit adalah pasukan Polis Marin Wilayah II, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan serta Jabatan Perikanan.

Menurut beliau, setiap hari agensi yang terbabit melakukan rondaan dan kawalan keselamatan bukan hanya di kawasan perairan malah dataran bagi mengesan sebarang aktiviti jenayah disyaki dilakukan oleh nelayan negara jiran.

“Untuk rekod hanya satu laporan diterima Maritim Melaka/Negeri Sembilan pada 15 Jun lalu membabitkan kehilang bot namun bot itu kemudian ditemui di Pulau Rupat.

“Sehingga kini tiada tangkapan dibuat terutamanya di kawasan Tanjung Dahan membabitkan nelayan dari negara jiran dan hanya satu kes tangkapan dibuat oleh APMM Melaka/Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rosli Abdullah (BN-Kuala Linggi) mengenai agensi manakah yang dipertanggungjawab untuk melakukan rondaan kawalan keselamatan dan berapakah jumlah tangkapan yang dilakukan pada Persidangan Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15 di sini, hari ini.

Abdul Razak berkata, APMM turut mengharapkan penduduk di kawasan berhampiran pantai dapat menyalurkan maklumat dengan seberapa segera sekiranya terdapat bot, individu atau aktiviti yang mencurigakan supaya tindakan pantas dapat diambil.

“Dicadangkan juga agar kawalan keselamatan secara bergiliran di jeti dan pangkalan nelayan secara 24 jam dalam kalangan nelayan supaya dapat mencegah serta mengesan kebarangkalian berlakunya kecurian membabitkan aset nelayan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1056
Kongsi :
Previous post 33 pengkalan nelayan Melaka bakal miliki stor simpan peralatan – Exco
Next post 11 projek baharu pendidikan diangkat dalam RMKe-12
Ubah saiz-+=