
Sidang DUN Melaka bermula hari ini
SERI NEGERI 25 Julai – Persidangan Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka secara rasmi mula bersidang tepat jam 9.30 pagi ini.
Persidangan berlangsung selama tiga hari yang bermula hari ini hingga Rabu dimulakan dengan bacaan doa oleh Speaker DUN, Datuk Wira Ibrahim Durum.
Ibrahim dalam ucapan pembukaannya berkata, beliau menerima sebanyak 13 usul yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Katanya, daripada 13 usul itu, hanya dua usul sahaja rang undang-undang akan dibentangkan manakala 11 lagi ditolak.
“Dua usul yang akan dibentangkan membabitkan kemajuan Rang Undang-undang dan Enakmen Tanah Adat Melaka, Pindaan 2020 dan Rang Undang-undang Perbadanan Negeri Melaka, Pindaan 2022.
Sebanyak 103 pertanyaan liasan, 94 pertanyaan bertulis akan dibentangkan dalam persidangan kali ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...