
Enam lelaki direman bantu siasatan kes bakar remaja lelaki
KUALA TERENGGANU, 24 Julai – Enam lelaki direman selama lima hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan kes seorang remaja yang melecur dipercayai dibakar beberapa rakannya di Kemaman, Jumaat lepas.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Mahkamah Majistret Kemaman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata semua suspek berusia 18 hingga 28 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di daerah Kemaman pada Jumaat dan Sabtu (semalam).
“Tiga suspek yang ditahan merupakan pekerja kilang, tiga lagi penganggur dan siasatan awal mendapati seorang daripada suspek berusia 28 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dadah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Media semalam melaporkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mendakwa dibakar rakan-rakannya selepas dituduh mencuri wang RM100 dalam kejadian kira-kira 3 pagi di Kampung Perasing Jaya, Jabor di Kemaman.
Difahamkan remaja terbabit yang sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang kini berada dalam keadaan stabil walaupun melecur hampir 40 peratus pada bahagian leher hingga belakang badan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
