
‘Train To Dabong’ lestari Gerakan Dakwah YADIM
Putrajaya 22 Julai – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka membuat kelainan menyebarkan dakwahnya menerusi program Train to Dabong bermula semalam hingga Ahad ini.
Seramai 80 peserta termasuk Rakan Siswa YADIM (RSY) dan Sukarelawan YADIM serta Kolej Mara Bandar Melaka menyertai program perjalanan yang menggunakan kereta api KTM Berhad dari Gemas, Negeri Sembilan ke Dabong, Kelantan.
Antara peserta yang menyertai program berkenaan termasuk Pengarah KPMBM, Zarina Ahmad,Yang Dipertua Muafakat Cawangan KPMBM, Khairul Haniza Ibrahim, Ketua Penasihat Unit Hal Ehwal Ugama dan Dakwah (UHUD) KPMBM, Ustaz Abdullah Long dan Akmal Izzad.
Sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 10 jam itu, para peserta mengedarkan bahan kempen termasuk pelekat kenderaan kepada penumpang KTMB selain singgah di Stesen Gua Musang bagi menjalankan aktiviti Street Dakwah.
Dalam program berlangsung selama tiga hari dua malam itu, pelbagai aktiviti dilaksanakan, antaranya sumbangan wakaf al-Quran; Gotong-royong kenduri Rakyat; ‘Outreach’ Jom Masuk IPT; pameran dan sumbangan kepada asnaf.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...
PENGANGGUR DISYAKI CABUL GADIS SEDANG BERSENAM
AYER KEROH 11 April - Seorang lelaki yang juga penganggur ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis dalam kejadian di...
KERAJAAN PERPADUAN SEMAKIN MATANG, SELESAI MASALAH RAKYAT
BUKIT KATIL 11 April - Selepas tiga tahun, pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat...
DUA MAUT, TIGA PARAH DALAM KEMALANGAN DI JOHOR BAHRU
JOHOR BAHRU 11 April - Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua pacuan empat...