Longkang tersumbat punca air bertakung
TABOH NANING 24 Julai – Masalah air bertakung berhampiran persimpangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kampung Taboh Naning, di sini, membahayakan pengguna jalan raya mendapat perhatian segera Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin.
Beliau berkata, masalah berlaku setiap kali hujan lebat itu berpunca daripada aliran longkang yang dihalang sampah berikutan tidak diselenggara dengan baik.
“Akibat longkang tidak berfungsi dengan baik takungan air mengambil masa yang lama untuk surut, sekali gus membahayakan pengguna jalan raya.
“Sebelum berlaku perkara tidak diingini tindakan segera untuk atasi masalah ini perlu diambil.
“Malah jalan ini antara laluan utama pengguna dua negeri, iaitu Melaka dan Negeri Sembilan. Ramai menggunakan laluan ini untuk ke Rambau, Seremban dan begitu juga sebaliknya,” katanya ketika dihubungi, 22 Julai lalu.
Zulkiflee berkata, sebagai penyelesaian jangka pendek longkang berkenaan akan diselenggara bagi memastikan alirannya lancar dan takungan air surut dalam masa singkat.
“Kami juga bercadang menggantikan longkang ini dengan saiz lebih besar sebagai penyelesaian jangka panjang adar masalah sama tidak lagi berulang,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA TAWAR DIRI JADI TUAN RUMAH KEJOHANAN RALI ASIA PASIFIK
ASAHAN 21 Disember - Melaka sedia menjadi tuan rumah Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...
MIHF’24: ANGKAT MARTABAT ‘FESYEN SANTUN’
AYER KEROH 21 Disember - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 menjadi medan buat pereka fesyen melebarkan rekaan busana fesyen...
IKAN APA JUARA DI TASIK AYER KEROH ESOK?
AYER KEROH 21 Disember - Ratusan kaki pancing bakal berkampung di Tasik Ayer Keroh, di sini, bersempena Cabaran Joran Melaka...
BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIM AMAT BERMAKNA
BUKIT KATIL 21 Disember - "Tanpa bantuan persekolahan ini memang sukar dan buntu untuk kami kumpul wang membeli kelengkapan serta...
LEBIH BANYAK NASKHAH AGUNG DIPENTASKAN
AYER KEROH 21 Disember - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka menterjemahkan naskhah karya agung yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan,...
SEKTOR HALAL LONJAK NAMA MELAKA DI PENTAS GLOBAL
AYER KEROH 21 Disember - Melaka mahu untuk terus kukuh di pentas global sebagai sebuah Hab Halal Antarabangsa dengan sasaran...