Bas ekspres dua tingkat bawa 25 penumpang terbalik
KUALA LUMPUR, 21 Julai – Seramai 25 penumpang dan seorang pemandu sebuah bas ekspres dua tingkat berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di susur Jalan Damansara menuju Bangsar, di sini, tengah malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan pada pukul 12.17 tengah malam dan seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Sentul dikejarkan ke tempat kejadian.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Ipoh, Perak.
“Bomba bertindak memecahkan tingkap hadapan bas untuk mengeluarkan kesemua 26 mangsa terlibat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Bas berkenaan telahpun dialih pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan kesemua mangsa terlibat hanya mengalami cedera ringan dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur di sini, bagi menjalani pemeriksaan lanjut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
1,000 KERETA CEKAP TENAGA ‘LAHIR’ DI MELAKA
ALOR GAJAH 13 Disember - Industri automotif di Melaka melakar sejarah baharu apabila berjaya memasang 1,000 Kereta Cekap Tenaga (EEV)...
POLIS KESAN WANITA DAKWA AKAN LANGSUNG PERKAHWINAN BERSAMA TENGKU HASSANAL
KUANTAN 13 Disember - Polis sedang mengesan wanita yang mendakwa kononnya akan melangsungkan perkahwinan bersama Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal...
KERAJAAN NEGERI PEDULI, CAKNA KEPAYAHAN GOLONGAN SASAR
SERI BENDAHARA 13 Disember - Berkongsi rezeki dan menceriakan golongan kurang berkemampuan terutama setiap kali menjelang sambutan perayaan utama menjadi...
ANGKAT KEMAHIRAN BIDANG PEMBERSIHAN SEBAGAI CABANG TVET
ASAHAN 13 Disember - Profesion atau kemahiran dalam bidang pembersihan dicadang untuk diangkat sebagai satu daripada cabang dalam Pendidikan dan...
SUMBANGAN BAWA SENYUMAN – KM
SERI BENDAHARA 13 Disember - Sumbangan dihulurkan Kerajaan Negeri, membawa senyuman dan bakal memeriahkan lagi sambutan Hari Natal buat 200...
SYARIKAT ITALI KEDUA PILIH MELAKA SEBAGAI DESTINASI PELABURAN
JASIN 13 Disember - Melaka terbukti sebagai sebuah destinasi mesra pelaburan apabila EDA Malaysia Industries Sdn Bhd berpangkalan di Itali,...