Balai raya dibaik pulih, jalan raya diturap untuk keselesaan
TELOK MAS 20 Julai – Pelbagai usaha dilakukan dalam langkah memberikan keselesaan kepada penduduk setempat untuk menggunakan fasiliti dan kemudahan yang disediakan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman memaklumkan kerja-kerja baikpulih Balai Raya Taman Bukit Larang Indah sedang giat dijalankan.
Katanya, dewan terbuka di balai raya tersebut telah pun dinilai oleh Jurutera Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Melaka Tengah.
“Selain itu, kerja-kerja menurap jalan di Kampung Pernu dan Taman seri Telok Mas Fasa 5 telah dilaksanakan bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang menggunakan laluan penghubung antara kampung dan taman terbabit,” katanya dalam dua hantaran berbeza di laman Facebook rasminya kelmarin.
Mengulas lanjut, Beliau turut meminta agar penduduk dan warga setempat untuk lebih berhati-hati di jalan raya dan mematuhi undang-undang jalan raya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PRODUK PELANCONGAN PPSPM JADI PILIHAN LARUT MALAM
BANDARAYA MELAKA 4 Jun - Dataran Pengkalan Rama dipenuhi pengunjung dari dalam dan luar Melaka bersempena Melaka Bila Larut Malam...
400,000 BENIH UDANG GALAH DILEPASKAN DI SUNGAI LINGGI
KUALA LINGGI 4 Januari - Sebanyak 400,000 benih udang galah yang dilepaskan di perairan Sungai Linggi, membuka tirai program Wakil...
AKTIVITI MEMANAH JADI PROGRAM TAHUNAN DUN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 4 Januari - Sesuai sebagai sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW, aktiviti memanah akan dijadikan sebagai program tahunan...
WRUR, PROGRAM TURUN PADANG SELESAI MASALAH RAKYAT
AYER KEROH 4 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
NAHAS KM204: TAYAR LORI TERCABUT ‘HILANG’, POLIS PERGIAT USAHA PENCARIAN
ALOR GAJAH 4 Januari - Polis kini sedang mencari dan mengesan tayar lori tercabut yang dipercayai menjadi punca nahas di...
PUSAT SUMBER ILMU PANTAI KUNDOR SEDIA AKSES INTERNET KEPADA 1,000 PELAJAR
PANTAI KUNDOR 4 Januari - Pusat Sumber Ilmu Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, diilhamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)...