
Kes COVID-19 global kini melebihi 32 juta
NEW YORK, 25 Sept – Kes COVID-19 global kini sudah melebihi 32 juta pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut Johns Hopkins University, jumlah kes global mencecah 32,048,333, dengan setakat ini sudah meragut 979,454 nyawa.
Amerika Syarikat kekal negara yang melaporkan paling banyak kes dan kematian, masing-masing berjumlah 6,962,333 dan 202,467. India pula mencatatkan 5,732,518 kes. Brazil melaporkan 4,624,268 kes dan 138,974 kematian, jumlah korban kedua tertinggi di dunia.
Negara dengan lebih 700,000 kes termasuk Rusia, Colombia, Peru, Mexico dan Sepanyol. Sementara itu negara lain yang menyaksikan korban melebihi 35,000 orang antaranya India, Mexico, Britain dan Itali.- BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
