Tiada operasi SPRM di Kementerian Sumber Manusia – Saravanan
Saravanan berkata ini kerana beliau tidak mendapat sebarang maklumat berhubung operasi itu.
“Tanya dia (portal) lebih arif dan tahu… tidak ada operasi di KSM (Kementerian Sumber Manusia) tetapi dia (portal) tahu sampai boleh kata 40 orang kena tangkap,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Bersama Kementerian Dalam Negeri dan KSM mengenai pengurusan pekerja asing di Bukit Aman hari ini.
Portal itu dalam laporannya hari ini mendakwa SPRM menahan kira-kira 40 orang bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan penyelewengan Program Insentif Pengambilan Pekerjaan (PenjanaKerjaya).
SPRM telah menahan reman 37 individu setakat 15 Julai termasuk pengarah, pemilik, pengurus dan jurutera dari 64 syarikat sendirian berhad berhubung penyelewengan itu.
Ditanya sama ada penahanan itu melibatkan anggota MIC, Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC berkata beliau tidak ada maklumat mengenai perkara tersebut. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA ANJUR ACARA SUKAN UNTUK PASUKAN BERUNIFORM
TANJUNG BIDARA 15 Disember - Satu acara sukan yang membabitkan pasukan unit beruniform di negeri ini akan diadakan pada awal...
KETUA MENTERI, KETUA POLIS NEGARA TUNJUK BAKAT MEMASAK
TANJUNG BIDARA 15 Disember - Program Memasak Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Dan Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional...
UTEM RANGKUL 2 ANUGERAH KHAS BUKU NEGARA 2024
DURIAN TUNGGAL 15 Disember - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meraih kejayaan berganda apabila merangkul dua Anugerah Khas Buku Negara...
PTHM TAWAR MOTOSIKAL ELEKTRIK TERMURAH
BANDA HILIR 15 Disember - Rakyat Melaka kini boleh menyokong inisiatif hijau dengan membeli motosikal elektrik yang mesra alam sekitar....
PGNM BERCADANG HIDUPKAN KEMBALI KEJOHANAN GOLF 750
AYER KEROH 15 Disember - Persatuan Golf Negeri Melaka (PGNM) merancang menghidupkan kembali acara golf Terbesar iaitu Pertandingan Golf 750...
MELAKA NIGHT LIFE: LEBIH 10,000 TERPUKAU AKSI ABANG POLIS
BANDA HILIR 15 Disember - Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Persiaran Jalan Merdeka bagi menyaksikan program Melaka Night Life Sempena Program...