Sorting by

×

Tenis Billy Jean King Cup: Malaysia mahu cipta kejutan

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

AYER KEROH 17 Julai – Sebanyak 11 negara termasuk Malaysia akan menyertai Kejohanan Billie Jean King Cup yang akan berlangsung di Pusat Tenis Negara (NTC) Kuala Lumpur, pada Ogos.

Kejohanan berprestij yang akan berlangsung selama tujuh hari bermula 8 hingga 14 Ogos itu dianjurkan Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM).

Presiden LTAM Mirzan Mahathir berkata, selain Malaysia, 10 negara lagi yang menyertai Kejohanan Wanita Antara Pasukan itu nanti adalah Taiwan, Singapura, Thailand, Hong Kong, Iran, Pacific Oceania, Vietnam, Iraq, Laos dan Maldives.

“Kejohanan Billie Jean King Cup By BNP Paribas, Asia/Oceania Kumpulan II ini kali terakhir diadakan pada 2019 dan terhenti dua tahun susulan pandemik COVID-19, pada tahun ini kembali diadakan.

“Kejohanan ini adalah untuk pemain wanita Kumpulan II yang mana pasukan akan bertanding dibeberapa peringkat sebelum mereka yang berada di kedudukan dua terbaik akan ditempatkan dalam kumpulan lebih tinggi,” katanya pada sidang media di Kompleks Tenis MPHTJ Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Menurutnya, selepas berada dalam tempoh agak lama di dalam Kumpulan II, pihaknya menyasarkan pemain negara nanti mampu untuk mencipta kejutan dan beralih ke Kumpulan I.

“Sasaran kita akan sedaya upaya untuk naik ke Kumpulan I, kita sudah lama sangat dalam Kumpulan II ini. Kita harap boleh berada di kedudukan kedua terbaik sekaligus dapat beralih ke Kumpulan I.

“Untuk itu kita perlu bersedia sepenuhnya kerana negara yang bertanding ini kuat. Selain itu pemilihan pemain yang akan beraksi dan mewakili Malaysia belum diputuskan kerana proses pemilihan masih berjalan,” katanya.

PEMAIN juior beraksi pada Kejohanan Tenis Malaysia Junior Tour Sport Excel 2022 Leg 4.

Sementara itu, Mirzan berkata, seramai 230 pemain junior negara termasuk dari Singapura, Indonesia, India, Jepun dan Korea beraksi pada Kejohanan Tenis Malaysia Junior Tour Sport Excel 2022 Leg 4 yang diadakan di Kompleks Tenis MPHTJ Ayer Keroh.

“Kejohanan ini bermula pada Khamis dan akan berakhir pada hari ini membabitkan enam kategori iaitu pemain berusia bawah lapan tahun hingga 18 tahun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1642
Kongsi :
Previous post Empat GRO, dua lelaki positif dadah ditahan
Next post ‘Abang Viva’ timba ilmu pertahanan awam
Ubah saiz-+=