
Arca keris bersinar di bulatan Alor Gajah
ALOR GAJAH 24 Sept. – Mercu tanda rakyat di Daerah Alor Gajah, arca keris yang dipindahkan ke bulatan Alor Gajah pada Mac kini menyinari kawasan bulan itu setelah siap sepenuhnya 9 Ogos lalu.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Mohd Fadhil Hassan berkata, kerja-kerja perobohan struktur lama di Dataran Keris dan pembinaan struktur baru keris serta pemindahan arca berkenaan telah bermula pada 20 Mac lalu.
Bagaimanapun katanya, kerja-kerja pemmbinaan serta pemindahan itu tergendala akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Penyambungan kerja-kerja pemindahan itu telah bermula semula pada 10 Jun dan siap sepenuhnya pada 9 Ogos lalu.
“Arca keris itu kini dilengkapi dengan penggunaan lampu yang bertukar warna pada waktu malam, manakala pokok bunga yang ditanam akan berbunga dalam tempoh tiga lima bulan akan datang sekali gus menyerikan lagi keceriaan di bulatan Alor Gajah tersebut,” katanya ketika dihubungi.
Mengulas lanjut, pembinaan arca keris di Dataran Keris telah dibina sejak 20 tahun lalu, namun MPAG merancang untuk membuat kerja-kerja pengubahsuaian di Dataran Keris termasuk memindahkan arca keris tersebut.
“Pemindahan keris tersebut dapat membesarkan ruang dataran untuk pelbagai aktiviti dengan lebih selesa,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...
PESAWAH MELAKA DAPAT BENIH PADI BERKUALITI HARGA MURAH
SERI NEGERI 29 April - Inisiatif Kerajaan Negeri membangunkan ladang benih padi di Sawah Tengah Padang, Merlimau terbukti berjaya membawa...
BANTUAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK B40 DI MELAKA MENINGKAT TAHUN INI
AYER KEROH 29 April - Jumlah penerima bagi bantuan Pendidikan menerusi Bantuan Pakaian Sekolah (BPSR) dan Biasiswa Melaka tahun ini...
BIMBING BELIA KECICIRAN AKADEMIK JADI USAHAWAN
SERI NEGERI 29 April - Sebanyak 30 program pemantapan dan pembangunan belia dilaksanakan sepanjang tahun oleh Kerajaan Negeri dalam menggalakkan...
BERAS MELAKA DIJUAL DI 4 LOKASI
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, melancarkan fasa pertama pengeluaran Beras...
MELAKA TERIMA RM1.7 JUTA PERUNTUKAN MARRIS BAGI PEMASANGAN LAMPU JALAN TAHUN INI
SERI NEGERI 29 April - Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka menerima peruntukan RM1.7 juta bagi tahun 2025 di bawah Sistem...