Sorting by

×

Ambil dos penggalak perisai gelombang ketiga COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 15 Julai – Kerajaan negeri menyeru 14 peratus warga Melaka yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin untuk mengambil dos penggalak sebagai langkah pencegahan sekiranya berlaku gelombang COVID-19 yang baharu.

EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal berkata saranan itu ekoran tren COVID-19 dilihat meningkat apabila pada minggu epid 27 (3 Julai hingga 9 Julai), Melaka mencatatkan sebanyak 546 kes termasuk tiga kes kematian.

Bagaimanapun, Dr Muhamad Akmal berkata pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka telah bersiap siaga sekiranya berlaku peningkatan mendadak menerusi gelomgbang baharu nanti.

“Gelombang ketiga atau gelombang baharu COVID-19 ini bukan sahaja akan berlaku di Malaysia, tapi ia akan berlaku di seluruh dunia.

“Jadi kita meminta seramai 14 peratus warga Melaka yang sudah ambil dua dos vaksin tapi tidak ambil dos penggalak untuk ambil sebagai perlindungan imunisasi, sekiranya brlakunya gelombang baharu. Setidaknya kita ada perisai diri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Operasi Mega bersepadu Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau Peringkat Kebangsaan di Wisma Persekutuan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal berkata sebagai persiapan menghadapi gelombang ketiga COVID-19, pihak JKN telah melakukan pelbagai persiapan.

“Kita telah bersedia dari segala aspek dan kita bukan sahaja duduk dan menunggu, namun pelbagai langkah pencegahan serta penguatkuasaan telah dijalankan dari masa ke semasa.

“Meskipun kes agak tinggi dilaporkan sejak kebelakangan ini, namun purata kes sehari dapat dilihat dari 70 ke 80 kes sehari dan ia masih dalam kategori rendah.

“Begitu juga kes-kes melibatkan kemasukan wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU) juga rendah dengan hanya 10 peratus,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

611
Kongsi :
Previous post Kampung Paya Lebar bakal gamit pelancong
Next post Isu MoU ambil pekerja Indonesia: PM arah KSM, KDN selesai segera
Ubah saiz-+=