Sorting by

×

Masyarakat Orang Asli Bukit Besar teruja jalan raya dinaik taraf

Masa Membaca:54 Saat

MACHAP JAYA – Masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Besar kini boleh menjalankan urusan harian mereka dengan lebih selepas selepas laluan utama ke penempatan itu diturap.

Perkembangan itu terbaharu itu dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Ngwe Hee Sam menerusi laman Facebook rasminya.

Malah, beliau sendiri turun padang bagi meninjau kerja-kerja menaik taraf kemudahan itu sambil bertanya khabar penduduk masyarakat Orang Asli.

JALAN di perkampungan Orang Asli Bukit Besar diturap.

“Ternyata mereka amat gembira dengan kerja naik taraf ini, semasa turun padang saya ambil kesempatan menyantuni mereka dan bertanya mengenai permasalahan lain,” katanya.

Selain itu beliau juga turun padang meninjau kerja menaik taraf sistem perparitan dan pembentung di Kampung Ayer Pasir

“Jambatan ini sudah perlu dibaiki akibat mendapan tanah, selepas ini keselamatan pengguna lebih terjamin. Terima kasih Kepada agensi pelaksana JKR (Jabatan Kerja Raya) Alor Gajah,” katanya.

Hee Sem meninjau jambatan di Kampung Ayer Pasir yang akan dinaik taraf bagi keselesaan pengguna.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1311
Kongsi :
Previous post Usahawan informal, mikro terjejas banjir di Baling terima geran BBKM RM696,000
Next post Infak 10 ekor lembu
Ubah saiz-+=