Sorting by

×

Sinergi kepakaran dan sumber

Masa Membaca:33 Saat

KUCHING 13 Julai – Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian dan Keusahawanan Melaka (MISDEC), turut mengambil bahagian pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-12 Persekutuan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC) yang diadakan di Ibu Pejabat Kumpulan Sarawak Skills, 29 Jun lalu.

MISDEC diwakili Pengarah Eksekutifnya, Haiqal Syukri Jantan bertukar-tukar pandangan dan membincangkan beberapa perkara penting termasuk Sesi Perancangan Strategik pada mesyuarat itu.

Sebanyak 13 Pusat Pembangunan Kemahiran FMSDC termasuk MISDEC menyertai mesyuarat secara keseluruhan yang diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan dengan kerajaan persekutuan dan negeri serta pihak industri.

Fokus utama FMSDC adalah untuk membangunkan kumpulan tenaga mahir Malaysia selaras dengan keperluan industri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2526
Kongsi :
Previous post Lafaz Syahadah di pagi Aidiladha
Next post Cermin gelap kesalahan jalan raya paling tinggi
Ubah saiz-+=