
MBMB sertai dua kategori Anugerah Kejiranan Hijau
AYER KEROH 23 Sept. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyertai Anugerah Kejiranan Hijau (AKH) 2020 bagi dua kategori iaitu Kategori Laluan Pejalan Kaki dan Kategori Laluan Basikal.
Menurut kenyataan MBMB, AKH merupakan penghargaan peringkat nasional yang diberikan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), komuniti dan individu.
“Penyertaan ini sekali gus melaksanakan insiatif pembangunan kejiranan hijau di negeri ini.
“Ia juga bagi memastikan MBMB terus memacu ke hadapan dalam melestarikan Bandaraya Melaka Bersejarah,” katanya menerusi kenyataan tersebut di Facebook.
Baru-baru ini panel juri PlanMalaysia di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia telah mengadakan sesi penjurian bagi anugerah tersebut.
Views:
Related


Berita Lain
BERGELUT BANTU POLIS TANGKAP PERAGUT, ENAM ‘RIDER’ TERIMA PENGHARGAAN
AYER KEROH 28 April - Enam penunggang p-hailing menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Melaka, atas jasa mereka membantu polis...
MARKAS ‘JOB SCAM’ DISERBU, LIMA LELAKI DITAHAN
AYER KEROH 28 April - Polis Melaka menyerbu sebuah unit kondominium di Ayer Keroh, di sini, kerana disyaki dijadikan markas...
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA DI CHENG
PAYA RUMPUT 28 April - Penunggang motosikal meninggal dunia ketika sedang dirawat, hampir satu jam selepas terbabit kemalangan dengan sebuah...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...