
Hospital Jasin cari waris Marataon
JASIN 13 Julai – Hospital Jasin memohon kerjasama dan bantuan orang ramai bagi mencari waris pesakit yang telah meninggal dunia.
Pesakit berkenaan bernama Marataon Hasibuan berumur 61 tahun yang merupakan warganegara Indonesia.
Timbalan Pengarah Hospital Jasin Dr Abdul Karim Abdul Rahman berkata, pesakit itu telah dimasukkan ke hospital pada 31 Mac lalu dan ditempatkan di Wad 2B Hospital Jasin sebelum meninggal dunia pada 6 April.
Katanya, mengikut rekod, alamat terakhir pesakit ialah di PBBLK 26, Kampung Lubuk Kasar, Bemban.
“Sehubungan itu, keluarga atau orang ramai yang mengenali pesakit boleh menghubungi Unit Pentadbiran Hospital Jasin di talian 06-5294262 sambutan 103 atau menghubungi Unit Perubatan Forensik Hospital Jasin di talian 06-5294262 sambungan 870/87,” katanya dalam satu kenyataan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...
PENGANGGUR DISYAKI CABUL GADIS SEDANG BERSENAM
AYER KEROH 11 April - Seorang lelaki yang juga penganggur ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis dalam kejadian di...
KERAJAAN PERPADUAN SEMAKIN MATANG, SELESAI MASALAH RAKYAT
BUKIT KATIL 11 April - Selepas tiga tahun, pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat...
DUA MAUT, TIGA PARAH DALAM KEMALANGAN DI JOHOR BAHRU
JOHOR BAHRU 11 April - Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua pacuan empat...