Sorting by

×

PMM tawar kepakaran pendidikan kepada murid sekolah

Masa Membaca:57 Saat

MERLIMAU 13 Julai – Politeknik Merlimau (PMM) menawarkan kepakaran kepada agensi dan masyarakat umum yang memerlukan bagi membantu meningkatkan tahap kecemerlangan murid-murid di sekolah.

Justeru, baru-baru ini PMM menerima kunjungan hormat daripada Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi membuka lembaran baharu kerjasama antara kedua belah pihak.

Pengarah PMM Norizam Sekak berkata, menerusi pertemuan itu PMM telah mengenal pasti keperluan termasuk menawarkan kepakaran ‘digital learning’ yang ada.

“Ini bagi memastikan murid-murid sekolah di Negeri Melaka cemerlang dalam akademik sekali gus menjadi rakan kerjasama pintar pada peringkat negeri bersama JPN.

“Insya-Allah kerjasama ini akan dimeterai secara rasmi melalui majlis Certificate of Collaboration (CoC) yang akan berlangsung pada masa hadapan dan turut mengumpulkan beberapa agensi kerajaan dan swasta yang lain,” katanya.

NORIZAM (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Nasaruddin.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan JPN Melaka, Nasaruddin Rahmat.

Dalam sesi pertemuan di Technology Enable Collaborative Classroom (TeCC) Jabatan Matematik Sains & Komputer (JMSK) itu, beberapa hasil perbincangan telah dicapai yang bakal memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1248
Kongsi :
Previous post 26 ‘tahi judi’ kena cekup
Next post Hospital Jasin cari waris Marataon
Ubah saiz-+=