60 peratus penduduk Melaka guna air mentah Loji Air Bertam
DURIAN TUNGGAL 13 Julai – Kompleks Loji Air Bertam di Kampung Padang Keladi memproses air mentah bagi kegunaan 60 peratus penduduk di Negeri Melaka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Zahari Ab Kalil berkata, loji air berkenaan akan memproses air mentah yang dipam dari Empangan Durian Tunggal, Empangan Jus dan Empangan Grisek.
“Saya mengadakan lawatan ke Kompleks Loji Air Bertam di Kampung Padang Keladi, pusat pemprosesan air mentah yang merangkumi 60 peratus penggunaan bagi seluruh negeri Melaka.
“Di sini seluruh air yang dipam dari Empangan Durian Tunggal, Jus, dan Grisek diproses untuk diagihkan kepada seluruh pengguna bagi kegunaan hari mereka,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya semalam.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Datuk Wira Ab Wahab Ab Latip dan Ketua Jabatan Pengeluaran SAMB, Madmor.
Pada lawatan itu Zahari berkesempatan melihat proses air mentah yang dipam daripada tiga empangan berkenaan selain meninjau keadaan loji air tersebut.
Sejurus itu Zahari turun padang bagi meninjau laluan parit pembentung yang tersumbat akibat ranting dan sampah selepas menerima aduan penduduk di Kampung Pulau, Durian Tunggal.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA AKAN PERKENAL JALAN ‘BYPASS’ KE BANDA HILIR
AYER KEROH 24 November - Satu laluan 'bypass' baharu akan diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi memudahkan akses orang ramai ke Banda...
MANGSA BANJIR DI MELAKA TENGAH MENURUN MALAM INI
AYER KEROH 23 November - Mangsa banjir di daerah Melaka Tengah yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada...
LANDASAN MONOREL MELAKA BAKAL BERUBAH WAJAH
AYER KEROH 23 November - Trek monorel di Jalan Tun Ali yang dicadangkan untuk menjadi produk pelancongan baharu berkonsepkan laluan...
PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE ‘MANA LAGI MELAKALER’ DILANJUTKAN
AYER KEROH 23 November - Tempoh pertandingan TikTok Challenge 'Mana Lagi Melakaler' dilanjutkan sehingga 25 Disember depan. Timbalan Exco Sains,...
AUTISME: KENA CEPAT BERTINDAK!
Oleh: Dr. Azri Fikry Doktor Pakar Kanak-kanak, Clinic Suite 3.28, Putra Specialist Hospital Melaka STATISTIK yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan...
PARAMEDIK KOMUNITI DIPERLUAS KEPADA PEMIMPIN MASYARAKAT
SUNGAI RAMBAI 23 November - Sukarelawan Paramedik Komuniti fasa kedua di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai akan diperluaskan...