‘Syukur, Aidiladha tahun ini lebih meriah’

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

BUKIT KATIL 12 Julai – “Syukur alhamdulillah rezeki Hari Raya Aidiladha tahun ini lebih meriah, bukan sahaja dapat menunaikan solat di masjid malah turut diberikan sumbangan daging korban”.

Itu luahan seorang penerima sumbangan daging korban, Muhammad Yusof Haron,65, yang bersyukur sambutan Aidiladha kali ini lebih bermakna.

“Ini bukan pertama kali saya dapat rezeki daging korban, sebelum ini dah pernah dapat juga…syukur alhamdulillah atas rezeki Allah SWT berikan, ini juga rezeki selepas solat yang tidak disangka.

“Apa yang kami dapat ini adalah rezeki yang mendapat rahmat Allah, saya doakan kepada mereka yang menunaikan ibadah ini khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka sentiasa diberkati.

“Tahun ini bukan sahaja rezeki melimoah ruah, malah sambutan Aidiladha lebih meriah apabila anak-anak saya semuanya dapat balik beraya bersama,” katanya yang menetap di Taman Merbok Bukit Katil.

MUHAMMAD Yusof

Seorang lagi, Azhari Hashim,76, turut bersyukur diberikan sumbangan daging korban untuk keperluan keluarganya.

“Sudah tentu pakcik gembira dan bersyukur dapat rezeki macam ni, haritu dah dapat daging korban dan isteri masak sup, kali ini pakcik simpan dahulu nanti baru masak.

“Alhamdulillah setiap tahun ada sahaja rezeki setiap kali Aidiladha, sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga pakcik, tak perlulah nak pergi beli daging di luar,” katanya ketika ditemui pada Program Ibadah Qurban JPJ Negeri Melaka Hari Raya Aidiladha di Masjid Saidina Ali di sini, hari ini.

AZHARI

Penyerahan sumbangan itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman bersama Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Sementara itu, Rahmad mengucapkan terima kasih atas insiatif JPJ Melaka dalam berkongsi rezeki daging korban untuk golongan memerlukan di negeri ini.

“Hari ini kira-kira 150 penerima diberikan daging korban yang mana 100 penerima adalah bagi DUN Bukit Katil dan 50 penerima adalah DUN Ayer Molek.

“JPJ Melaka melakukan ibadah korban sebanyak enam ekor lembu, kesemua daging korban ini diagihkan kepada ansf, fakir miskin dan masyarakat setempat yang memerlukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

977
Kongsi :
Previous post Kenaikan OPR tidak jejas minat beli rumah mampu milik
Next post Ribut: 50 buah rumah rosak di Perlis
Ubah saiz-+=